Kita ambil contoh sistem risk management Fixed Risk. Dalam sistem Fixed Risk, satu pecahan dalam kiraan %, ditetapkan. Katakan fixed risk tersebut ialah 2%. Maka bagi setiap $100 risk ialah $2, bagi setiap $1000 risk ialah $20 dan seterusnya.
Sekarang persoalannya. Apa yang perlu dibuat seterusnya?
Apa yang perlu dibuat sekarang ialah untuk mengira berapa saiz lot untuk dimasukkan sebaik kita mengetahui jumlah risiko yang ditetapkan.
Langkah-langkah untuk mengira saiz lot
- Dapatkan Stop Lost, katakan 50pip
- Dapatkan harga per pip. Katakan risiko ialah $20, dan Stop Lost ialah 50. Maka harga per pip ialah $20/50 = $0.4/pip
- Saiz lot = ($0.4/pip)/$0.0001 = 40,000 = 40 macro lot = 4mini lot = 0.4 standard lot
Dari langkah-langkah di atas, kita dapat lihat bagaimana Stop Lost diperlukan untuk melengkapkan langkah pertama. Maka beginilah kenapa Stop Lost diperlukan dalam aktiviti trading kita.
No comments:
Post a Comment