Saturday, January 31, 2009

Binomial Tree dan asas penggunaannya

Binomial tree ialah satu konsep dalam matematik yang boleh dipakai apabila satu-satu aktiviti ini terdapat hanya 2 keputusan. Memandangkan trading cuma mempunyai 2 keputusan iaitu Lost atau Win maka konsep binomial tree ini bole digunapakai (breakeven boleh diabaikan sebab tidak mengubah baki wang kita).

Apakah faedah menggunakan Binomial tree?
Matematik dalam binomial tree dapat diguna untuk memperlihatkan kita keseluruhan senario siri trading yang boleh wujud. Dan ini juga memperlihatkan kita samada strategi yang kita pakai tersebut boleh dipakai atau tidak. Jika senarai senario-senario yang bakal wujud lebih banyak menghasilkan output yang kurang baik, maka strategi trading tersebut akan diubah atau ditolak.

No comments:

Post a Comment