Saturday, January 24, 2009

Mengira Quantiti berpandukan % risiko equity

Jika saiz akaun ialah sebesar $1000 dan kita hanya ingin bermain risiko per trading sebesar 2% dari $1000, atau $20. Bagaimanakah caranya kita menyesuaikan aktiviti trading dengan sistem money management ini?

Pertama tentukan saiz STOP LOST.
Katakan SL ialah = 50

Kedua kira berapa 2% dari $1000
2% dari $1000 = $1000 x 0.02 = $20

Kira harga per pip
Harga Pip = Harga Risiko / Saiz Stop Lost = $20/50 = $0.4/pip

Kira Quantity untuk harga pip ini
Quantity = (Harga per pip) / ($0.0001/pip) = $0.40/$0.0001 = 4000


Soalan

  1. Jika saiz account ialah $5000, dan risiko yang dipakai ialah 3%, dan stop lost ialah 50, kira berapa harga per pip?
  2. Jika saiz account ialah $5000, dan risiko yang dipakai ialah 3%, dan stop lost ialah 50, kira quantity diperlukan?
  3. Jika kita ingin bermain $1.6/pip dengan risiko trading ialah 2% dari saiz account $8000, kira berapa Stop Lost yang sesuai?

No comments:

Post a Comment