Saturday, January 31, 2009

Average True Range

Konsep Average True Range sangat lah mudah. Cuma tolak nilai High satu-satu candlestik dengan nilai Low satu-satu candlestick, maka ini akan memberikan kita true range. Puratakan siri true range tersebut maka kita akan mendapat Average True Range.

Juga terdapat satu indicator ATR (Average True Range) untuk memudahkan melihat perubahan semasa ATR satu-satu pair-dan-timeFrame yang dipilih.

Selain itu, program spreadsheet seperti MS Excel dan juga OpenOffice Calc boleh dipakai untuk mengira ATR satu-satu pair-dan-timeFrame yang dipilih.


Apakah yang bole diberikan ATR kepada aktiviti trading kita?

Katakan ATR bagi EURUSD ialah 120pip. Maka kita tahu untuk meletakkan target lebih dari 120pip ialah sukar untuk dicapai dalam masa yang sama, jika kita meletakkan target kurang atau maksimum 120pip maka tahap kejayaan target tersebut ialah tinggi. ATR juga boleh membantu kita untuk menyesuaikan chart setting dengan Risk Reward Ratio yang dipakai.

No comments:

Post a Comment