Friday, January 30, 2009

Perbandingan antara pertandingan badminton dengan trading

Kerap terjadi kita mudah untuk mendengar keluhan trader menyatakan betapa teruknya trading mereka pada sekian-sekian hari. Dan ada masa pula trader akan dengan bangganya mempamerkan screenshoot hasil trading mereka yang sangat-sangat cemerlang pada satu-satu hari pula.

Apa yang anda faham mengenai senario diatas?.

Tahukah anda, cara untuk melihat keputusan trading ialah dengan melihat satu "kelompok keputusan" dan bukannya satu keputusan terasing-asing.

Sebagai ilustrasi, cuba fikir permainan badminton. Pemenang ialah mereka yang berjaya mencapai 21 mata sebanyak 2 pusingan dari 3 pusingan kesemuanya. Tidakkah bodoh jika kita melihat seorang pemain badminton memberi reaksi emoasi "lost" jika ia hanyalah 3 point kekalahan dan lawan belum lagi capai 21point?.

Idea dalam artikel ini lebih kepada idea untuk memperbaiki pisikologi trading para trader. Kita perlu membentuk 7 hari keputusan disimpulkan kepada 1 keputusan mingguan. Dan seterusnya 4 pecahan keputusan mingguan dicantumkan untuk memberi kita 1 keputusan bulanan, dan seterusnya 3 keputusan bulanan ini dicantumkan untuk memberi kita keputusan per quarter years. Dan seterusnya, 4 keputusan per quarter years ini dicantumkan untuk membentuk 1 keputusan tahunan. Atau ringkasnya seperti di bawah.

  • 7 hari keputusan membentuk 1 keputusan mingguan
  • 4 keputusan mingguan membentuk 1 keputusan bulanan
  • 3 keputusan bulanan membentuk 1 quater year keputusan
  • 4 keputusan quarter year akan membentuk 1 keputusan tahunan
Pra-syarat untuk meletakan aktiviti trading sebagai bermasalah mungkin bole dilakukan seperti berikut
  • 4 hari lost dari 7 hari kesemuanya
  • 3 minggu lost dari 4 minggu kesemuanya
  • 2 bulan lost dari 3 bulan kesemuanya
  • 3 quarter years lost dari 4 quarter years kesemuanya
  • kesimpulan keseluruhan untuk 1 tahun, samada grow positif atau negatif.

No comments:

Post a Comment