Artikel ini mengenai software spreadsheet Openoffice Calc atau program setara dengannya iaitu MS Excel.
Dalam OpenOffice Calc, terdapat satu fungsi "randbetween". Fungsinya ialah untuk menjana satu nombor rawak. Sebagai contoh saya ingin menjana satu siri nombor 1,2,3,4,5 dan 6. Berikut ialah caranya
=randbetween(1;6)
Maka fungsi ini akan memberikan kita keputusan nombor-nombor samada 1,2,3,4,5 atau 6 per cell.
jika saya ingin menjana nombor 0 dan 1 sahaja, maka ini pula caranya
=randbetween(0;1)
Maka fungsi ini akan memberikan kita keputusan nombor samada 0 atau 1 sahaja per cell.
=============
Tapi apakah aplikasinya spesifik dalam trading Forex?
Katakan kita ingin menguji satu sistem money management samada ianya baik ataupun tidak. Maka kita mendedahkan sistem money management ini dengan keputusan rawak. Maka kita perlu membuat satu siri keputusan rawak market tiruan.
Katakan kita tetapkan simbol
Win sebagai 1
Lost sebagai 0
maka
win win win lost lost win
1 1 1 0 0 1
ialah siri yang sama cuma diterjemahkan dalam bentuk lain.
Saturday, January 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment