Tuesday, June 30, 2009

Sebanyak mana pengetahuan kita berbanding pengetahuan yang perlu diketahui?

Pendahuluan
Jika kita berlegar-legar dimana-mana forum, kita dengan mudah boleh menemui mereka yang bercakap seolah-oleh mereka mengetahui segala-galanya. Saya boleh pastikan hampir tidak wujud mereka yang mengetahui segala-galanya. Kenapa? Jawapan paling mudah sebab itu memang ciri-ciri semulajadi manusia. Apa-apa pun biar saya buat sedikit pendekatan terperinci.

Pengetahuan dalam seseorang wujud dalam 4 zone
1) Tak tahu apa yang dia tidak diketahui (naive)
2) Tahu apa yang dia tidak diketahui (ignorant)
3) Tidak tahu apa yang dia tahu (skill without complete control)
4) Tahu apa yang dia tahu (skill)

Sekarang siapa yang betul-betul pasti dia tahu(forex knowledge) tidak wujud lagi zone dia "tak tahu apa yang dia tidak tahu". Cuma trader ego sahaja yang berani cakap tidak wujud perkara yang dia tidak ketahui.

=====================================
Point sebenar
Bahagian diatas cumalah satu pengenalan untuk mengetahui sentiasa wujud pengetahuan yang kita masih boleh pelajari dan masih belum diketahui. Tapi bagaimanakah caranya untuk mengetahui sejauh mana lagi yang kita perlu ketahui?

Baru-baru ini saya mencari balik program mind maps (google image untuk melihat sample) untuk mempermudahkan saya menyusun balik maklumat dalam bentuk visual cara mindmaps. Ini ialah program yang saya maksudkan, dan ianya percuma.

Freemind (7mb)
http://freemind.sourceforge.net/wiki/index.php/Download

Sebaik program sedia untuk dipakai, saya pun mulalah projek kecil saya untuk menyusun balik pengetahuan yang berkaitan dengan forex dalam bentuk mindmaps. Dengan berbantukan wikipedia, google, file-file ebook & apa-apa yang dirasakan membantu, saya akhirnya berjaya menghasilkan mindmaps versi pertama saya untuk pengetahuan berkaitan forex. Saya mulakan mind-maps dengan statistik & keberangkalian (sebab saya percaya ini ialah nyawa kepada trading skill saya).

Sebaik saya melihat mindmaps pertama yang baru diselesaikan. Saya suda jelas nampak, wujud zone "tak tahu apa yang saya tidak tahu" yang cukup-cukup banyak. Untuk pengetahuan dibawah aliran teknikal analisis, fundamental analisis, market behavior pula, masih belum disusun setakat ini. Dan saya percaya jika saya berjaya menyusun dalam bentuk mind-maps, saya akan dapat satu zone kawasan yang masih perlu diterokai sangat-sangat luas.

Dari mindmaps ini saya pelajari beberapa perkara lagi. Tidak cukup masa untuk menguasai semua pengetahuan dan ini membuat setiap orang sentiasa ada zone "tidak tahu apa kita tidak ketahui". Ini juga memaksa kita untuk tidak seharusnya berlagak seolah-olah mengetahui segala-galanya.

Apa-apa pun kita masih boleh berjaya dalam forex walaupun tidak menguasai keseluruhan pengetahuan.

No comments:

Post a Comment