Pengenalan
Pertama kali apa kaitan kaedah sains (scientific meathod) dengan forex?
Aktiviti trading ialah aktiviti separa sains dan separa seni. Jadi kaedah sains boleh digunapakai untuk berurusan dengan bahagian yang memerlukan sains.
apa pula sains?
The fact of knowing something; knowledge or understanding of a truth
apa pula seni?
the products of human creativity
sains apakah yang diperlukan dalam dunia trading?
sains statistik & keberangkalian, iaitu sains untuk melihat corak daripada fenomena rawak dan mengukur tahap kejayaannya.
apakah yang boleh diperolehi dari sains statistic & keberangkalian?
Tanpa sains, feeling/emotion/art (contoh)
Saya rasa target sesuai hari ni ialah 200pip
Dengan sains (contoh)
cuma 20% data dari keseluruhan data boleh mencapai minimum 200pip range.
60% tahap kejayaan jika memilih target sebanyak 100pip. Pilih 100pip sebab tahap keberangkalian untuk berjaya lagi tinggi.
Dua contoh di atas jelas menunjukkan , sains memerlukan fakta untuk membuat keputusan. Manakala tanpa sains, orang biasanya akan menggunakan "gerak hati" untuk membuat keputusan yang telah terbukti tidak akan berjaya (atau nasib2 saja berjaya).
======================
Kaedah Sains
Sekarang kita ingin mengethui kaedah sains, kerana sains ialah prodak dari kaedah sains, tanpa kaedah sains yang betul, maka sains sebenarpun tidak wujud (kes terburuk, kalau trader terkeliru dia menggunakan sains tapi sebenarnya tidak).
Berikut ialah langkah-langkah yang terdapat dalam sains.
1. Cari apa masalah yang ingin diselesaikan
2. Bentuk satu tanggapan atau konsep asas penyelesaian.
3. Buat ramalan keputusan
4. Buat ujian
5. Hasilkan laporan untuk dinilai oleh orang lain
6. Sebarkan kajian selepas keputusan dinyatakan tepat melalui penilaian orang lain
7. Aktiviti ulangan untuk mendapat keputusan yang sama akan dibuat oleh pihak lain. Pihak lain sepatutnya boleh mendapat keputusan yang sama sebagai bukti kita tidak mengubah keputusan kita untuk menepati ramalan.
8. Jika keputusan tu boleh dinyatakan betul, ia juga sepatutnya boleh dibuktikan salah jika faktor yang membuatkan dia betul tiada.
9. tanggapan kita sekarang boleh dinaikkan pangkat menjadi pengetahuan.
=========
Berikut ialah contoh modern scientific method. Atau dalam kata lain, scientific method ialah satu proses mengsingkirkan idea-idea yang tidak kuat dan memasikan pengetahuan yang diterimapakai hanya selepas ianya terbukti benar dan mempunyai bukti yang kukuh ( benar bukan maksudnya tidak boleh dikemaskini).
==========
Reputasi scientific meathod.
Antara orang utama dan terawal memperkenalkan scientific meathod ialah Galilieo Galilee (1564-1642) iaitu sekitar tahun 1600. Dan seterusnya manusia masuk ke zaman modern dalam masa hanya sekitar 400 tahun. Berbanding pada masa-masa sebelum itu, iaitu 2000++ tahun lepas, tamadun Greek mengkaji pengetahuan dengan hanya membincangkan satu-satu topic secara logic tanpa ujikaji (falsafah). Sini jelas menunjukkan scientific meathod betul-betul mempunyai faktor menambahkan pengetahuan lagi tepat banding hanya menggunakan falsafah ( bukan maksudnya falsafah tak diterimapakai, tapi ada tempatnya).
Saturday, June 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment