Pertama sekali artikel ini diilhamkan oleh pemerhatian saya selama beberapa tahun karenah-karenah trader Forex. Seperti kebiasaan, dalam satu kumpulan orang akan wujud mereka yang teramat bijak, bijak, biasa & kurang bijak.
Jika kita berpendapat bahawa, si paling bijak akan dapat paling banyak duit & paling kurang bijak dapat paling kurang duit, kita salah & betul dalam masa yang sama. Kecenderungan untuk bijak dapat lagi banyak duit ialah benar, tapi TIDAK SENTIASA. Wujud masa dimana si kurang bijak akan menghasilkan lagi banyak duit berbanding si paling bijak.
Kenapa hal ni penting diketahui?
Dalam banyak masa didunia forex, duit ialah punca orang berani bercakap & diterima sebagai betul oleh kommuniti trader forex.
"si A kalo becakap bukan main teknikal & bijak, skali tinguk2 si B yang pakai teknik biasa2 saja yang dapat lagi banyak duit."
kepastian, ketidakpastian
pengetahuan, nasib
Kurang Bijak
kepastian, ketidakpastian
pengetahuan,nasib
Trader Bijak
kepastian, ketidakpastian
pengetahuan,nasib
Trader bijak beroperasi di zone kepastian menggunakan pengetahuan
Trader kurang bijak beroperasi di zone ketidakpastian dan memerlukan faktor nasib (tanpa disedari, atau disengajakan)
Sebagai satu contoh senario
Katakan trader kurang bijak bermain dengan overleverage & cuba untuk target pip terbesar. Dan pada akhirnya trading dia betul dan dia dapat pulangan sangat-sangat bsar.
Dalam masa sama, sorang trader yang bijak bermain dengan saiz trading yang terkawal dan target yang masih dalam range normal. Dan akhirnya pulangan cumalah pulangan tahap biasa.
Tinggi potensi jika dua trader ini berkongsi aktiviti trading di forum, kommuniti akan lagi tertarik dengan trader yang dapat lagi besar duit.
Mungkin anda rasa itu ialah hak mereka untuk memilih mana satu yang mereka lagi suka. Tapi pada pendapat saya ini ialah satu kelemahan dalam dunia trading. Kerana "nasib ialah fenomena yang rendah tahap ulangan". Sedangkan kejayaan dalam trading bermaksud membuat untung berkali-kali.
Tuesday, June 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hi bos, bgs tulisan ko ni. Trader Bijak dan Trader Nasib. Hihi kalau di forum yang org tingu ialah jumlah berapa duit yg untung dan cerita dpt ribu2 pips sehari.
ReplyDeleteBagi saya yang penting ialah cara untuk melipat gandakan keuntungan.
mcm mana prosess untuk dapat untung yang penting konon tu.... Tapi kesian, org mimang tinguk jumlah pip atau duit sebagai ukuran skill.
ReplyDeleteSo good luck saja lah sama yg trader nasib ni.. tinguk berapa lama dorang boleh bertahan...