Thursday, June 18, 2009

Objektif kajian tidak kesampaian, dimana silapnya?

Setelah menghabiskan sekian lama masa untuk mendalami dan memahami cara trading yang betul, saya dapati hasil yang saya perolehi tidak cukup memuaskan. Sehingga saya berbisik kepada diri sendiri, "dimanakah silapnya?".

Adakah saya terlampau optimistic? (cenderung fikir best case scenario)
Adakah saya terlampau pessimistic? (cenderung fikir worse case scenario)
Adakah saya terlampau skeptical? (cenderung fikir, semuanya perlu diteliti)

Jika saya merujuk kepada personality saya, MBTI INTP (google MBTI INTP untuk mengetahui lebih lanjut), saya ialah orang dalam kategori skeptical. Saya cenderung untuk fikir segala-galanya perlu dinilai dengan cukup teliti sebelum ianya diterima.

Jika benar saya skeptical, jadi bagaimana pula skeptical boleh mempengaruhi kenapa saya kurang berjaya dalam kajian saya?. Sebaik bertanya seketika, saya bersetuju yang skeptical mempengaruhi keputusan trading saya kerana saya menghabiskan hampir keseluruhan masa saya untuk hanya berfikir dan kurang bertindak.

Jika dikenang balik beberapa bulan lepas, iaitu pada sekitar Jan2009. Saya dikejutkan dengan satu kenyataan dalam buku Robert Kiosaki, "orang yang suka berfikir biasanya terperangkap dengan masalah terlebih fikir tiada tindakan". Jika pada mulanya saya enggan menerima yang saya mempunyai masalah ini, namun kini rasanya saya perlu menerima bahawa ini ialah masalah saya sebenarnya. Hanya selepas saya menerima kelemahan, barulah kita tahu apa yang perlu dibuat dan tidak tertipu dengan diri sendiri lagi.

=============

Cukup sampai disana untuk mempersoalkan dimana salah dan betulnya. Sekarang sampai masanya untuk berfikir bagimana untuk menyelesaikan masalah ini. Perlu diingatkan, yang kita tidak patut hanya memikirkan masalah tanpa memikirkan bagimanakah cara untuk menyelesaikannya.

Kembali kepada tajuk "kaedah sains", dimana langkah-langkah yang terlbat ialah seperti berikut.

1. Cari apa masalah yang ingin diselesaikan
2. Bentuk satu tanggapan atau konsep asas penyelesaian.
3. Buat ramalan keputusan
4. Buat ujian
5. Hasilkan laporan untuk dinilai oleh orang lain
6. Sebarkan kajian selepas keputusan dinyatakan tepat melalui penilaian orang lain
7. Aktiviti ulangan untuk mendapat keputusan yang sama akan dibuat oleh pihak lain. Pihak lain sepatutnya boleh mendapat keputusan yang sama sebagai bukti kita tidak mengubah keputusan kita untuk menepati ramalan.
8. Jika keputusan tu boleh dinyatakan betul, ia juga sepatutnya boleh dibuktikan salah jika faktor yang membuatkan ia betul tiada.
9. tanggapan kita sekarang boleh dinaikkan pangkat menjadi pengetahuan.

--------

Jika sebelum ini saya memikiran satu idea dan seterusnya memikirkan cara unutk mengujinya. Sekarang saya akan ubah sedikit strategi, iaitu memikirkan bagimanakah cara untuk menghasilkan idea-idea yang sempurna terlebih dahulu iaitu idea tersebut boleh mencapai objektif utama(duit), barulah langkah seterusnya dilaksanakan. Atau dalam kata lain, hipotesis "sempurna" dahulu baru ujian pertama dimulakan.

Sebagai contoh, jika dahulunya kalau saya terfikir mengetahui average range penting untuk memberi kita panduan menentukan target realistik dan terus membuka spreadsheet dan cuba mengkaji. Sekarang saya akan berhenti untuk berkerja cara begini. Saya akan mengubah sedikit, saya akan pastikan idea tersebut sempurna terlebih dahulu hinggalah secara hipotesisnya ia boleh menghasilkan profit. Barulah saya lompat ke stage ke-2 iaitu menguji hipotesis tersebut.

=======================

Perkara lain yang berkaitan.

Saya juga percaya prodaktiviti tidak memuaskan disebabkan saya masih dalam fasa "kehendak projek menghantar saya untuk belajar skill sokongan terlebih dahulu". Sebagai contoh, pada asalnya saya tidak tau bagaimana konsep statistic "normal distribution" dapat dikaitkan dengan tahap realisik performance trading. Tapi sebaik saya mengetahui konsep normal distribution, baru lah saya mengetahui percobaan untuk mengejar kejayaan trading dengan performance trading yang tinggi ialah tidak realistik. Tapi kawalan saiz position trading dan ratio positif lah yang lagi penting.

=======================


Apa-apapun, dalam percobaan saya untuk mencari teknik terbaik untuk trading, walaupun ia masih lagi belum dicapai. Tapi pulangan atau kesan sampingan yang baik sudapun saya perolehi. Saya belajar banyak perkara dari kaedah sains, practical self-help, mathematic dan macam-macam lagi yang sukar dinyatakan disini.

Terima kasih.

4 comments:

  1. Hi bos, banyak2 yg ko tulis blog ko. Bahagian ini yg paling bagus tulisan ko. Bila sy ingat kembali sejak mula2 kita cerita forex, sebenarnya sy byk dengar apa ko cakap dan sy terus buat di chart forex sy.

    Bila sy baca ko byk pikir dan kurang bertindak. Sy pikir ini la masa untuk ko bertindak.

    Apa pun kita relax saja. Memang skrg kita blm jumpa cara trading pro, juga kita belum kaya tapi sy yakin kita akan capai juga sesuatu dalam forex ni.

    salam pips merah hijau. :)

    ReplyDelete
  2. Bos, banyak betul idea ko yang bersifat emperikal dan falsafah. Sya perlu berfikir sedikit untuk memahaminya...

    Best regards;
    MogiumTusin
    http://www.2icv.com

    p/s - sya tdk login google...

    ReplyDelete
  3. hi mogium tusin, hihi ko pun sampai sini pula. :) hihi bukan senang mahu paham ni apa c nokurogia tulis.

    ReplyDelete
  4. Thanks for respond...
    actually saya buat apa sya ckap.. tapi saya kurang satu perkara, konsisten buat benda yang sama (3 month average) sedangkan proses mastering teknik ialah ulangan proses sama banyak kali. Bukan sebab benda yang saya kaji tu gagal(tak sempurna suda pasti), tapi ini lebih kepada self control suda ni..

    so... sebagai trader kita kena start konsisten suda ni.. good luck u all..

    ReplyDelete