Hari ini saya berdepan dengan satu benda baru, kira perjalanan dunia forex saya menghantar saya ke pengalaman baru lagi. Tapi mungkin artikel ini sikit sukar difaham, tapi saya cuba sebaik mungkin untuk menyampaikan dengan cara yang mudah.
Struktur mathematical system trading boleh dibuat terlebih dahulu sebelum ianya dipadankan dengan sebarang nombor.
Pertama sekali saya akan memberi contoh mudah bagaimana mathematic berkerja dalam kehidupan seharian kita.
Kita mulakan dengan satu contoh mudah.
======================================================
Setiap minggu saya pergi ke ladang epal untuk membeli 1000 epal pada harga $0.50 sebiji, dan seterusnya saya akan menjual epal tersebut ke pasar malam pada harga $0.70 sebiji. Pada minggu ini saya berjaya menjual sebanyak 900 buah epal dan bakinya rosak tidak terjual. Adakah saya untung atau saya rugi?.
-------
Level mathematic diatas cukup jelas level PMR. Sekarang mari kita lihat persamaan mathematicnya.
Kos membeli epal = epal harga ladang x bilangan beli di ladang
= $0.50 x 1000
= $500
Jumlah jualan pasar malam = epal harga pasar x bilangan terjual
= $0.80 x 900
= $720
Untung perniagaan = Jumlah jualan pasar malam - kos membeli epal
= $720 - $500
= $220
Kesimpulan, saya berjaya mengutip keuntungan.
---------------------
Soalan sekarang, masih mampukah kita mengira jika kita tidak mengetahui sebarang nombor? Jawapannya YA, kita masih boleh mengira tanpa nombor. Kita akan menggunakan teknik yang dipanggil algebra.
k = Kos membeli epal
a = epal harga ladang
m = bilangan beli di ladang
b = epal harga pasar malam
n = bilangan epal terjual
p = Pulangan jualan pasar malam
U = Untung perniagaan
Kita boleh membuat "struktur" pengiraan tanpa terlebih dahulu mengetahui sebarang nombor.
U = p - k = (nb) - (ma)
= nb-ma
nb-ma negatif bermaksud rugi
nb-ma positif bermaksud untung
Nampak, kita masih boleh membuat pengiraan fasa persediaan dalam bentuk algebra terlebih dahulu, dan sebaik nombor jelas telah diketahui kita hanya perlu menggantikan nombor yang patut ke dalam persaaman tersebut.
======================================
Sekarang mari kita masuk ke bahagian sebenar artikel.
Saya mengetahui algebra tidak memerlukan nombor untuk berkerja, hanya memerlukan "struktur", tapi heran kenapa baru hari ni saya terfikir untuk kaitkan sistem trading forex dengan konsep struktur algebra (creativity problem).
Setiap kali saya ingin membuat satu sistem trading secara mathematical, saya kerap terhenti dengan alasan "saya tak punya nombor yang diperlukan untuk melengkapkan sistem", "saya tak tahu pakai spreadsheet untuk hasilkan nombor yang dicari" dan macam-macam lagi halangan yang menyekat saya sebelum ini.
Sekarang iaitu 01Julai2009, saya suda mengubah strategi berkerja untuk fasa pembentukan hipotesis saya pula. Sekarang saya berkerja hampir tidak memerlukan nombor terlebih dahulu. Saya hanya perlu membentuk struktur terlebih dahulu.
Pembentukan struktur, pada pemahaman saya memerlukan saya mahir dalam bidang mathematic algebra. Dan fasa seterusnya menguji persamaan algebra tersebut secara statistic(melihat corak dari nombor rawak) & juga kalkulus (melihat perubahan graf dari sistem mathematical).
Wow.... nampaknya perjalanan saya masih panjang lagi. Bagi anda yang membaca artikel ini, mungkin anda terfikir, "kenapalah nokurogia tidak buat cara mudah?". Jawapan mudah saya untuk ini ialah, "saya tidak berminat dengan idea random walk, tak tahu samada kita berjaya atau tidak berjaya, saya inginkan kepastian kejayaan sekurang-kurangnya dalam bentuk theorical".
Tuesday, June 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hai bos, wah bagus tulisan ko ni. Cuma pikir mcm mana tu benda berlaku dan guna kira2 perkaitan saja. Bgs teruskan menulis idea2 yg bagus.
ReplyDeletebos...
ReplyDeletelepas saya tulis artikel ni trus sia ada TERjawap satu persoalan lama saya... "Kenapa overtrading inda bagus?". Dibukti guna math, bukan guna "saya rasa"... Sya try tulis pasal ni nanti2 d artikel seterusnya.
Cara dia saya bentuk struktrur algebra persamaan dulu (ini susah sia terang mcm mana), then saya kaji sifat keberangkalian struktur algebra tu.. "Senang kah susah berjaya kalau..." sebagai objektif utama.
========
the best thing kan... sia jumpa applikasi LAIN secara kebetulan konsep berkerja cara ni utk bantu kawan2 yg mo start busines... "kira boleh rancang lagi awal satu2 perniagaan sebelum kumpul sebarang info", speed berkerja cara gini.. :p
"business cashflow" = "mathematical system"