Perbincangan di online secara real time dan berkumpulan jika dilihat secara ringkas nampak macam idea yang cukup baik. Tapi tahukan anda bila perbincangan sebegini menjadi kurang baik?
Kita ambil contoh. Trader A dan Trader B sedang aktif berkongsi maklumat di Group Chat Facebook.
Trader A : EURUSD akan turun, boleh ambil 20pip dan stop lost 20pip
Trader B : Teruskan dengan long, target 80pip masih boleh dicapai dan set stop lost 40pip.
Dialog tersebut boleh jadi kedua-duanya betul. Tapi penerimanya ialah orang yang perlu meneliti signal ini sebelum mengikutinya.
Mari analisis sedikit dialog diatas.
Kekeliruaan keserasian signal dan jenis trader
Trader A ialah sclapper. Peluang target 20pip pun cukup untuk dia anggap sebagai signal entry baru dan macam biasa sclapper ni bukan orang yang memerlukan risk reward ratio yang besar. Trader B ialah day trader. Dia cuma mengambil target yang punya ratio bagus. Ini apa yang betul, sclapper beri signal kepada sclapper, day-trader bagi signal kepada day-trader, swing trader bagi signal kepada swing trader ialah tepat. Masalah terjadi apabila trader mengikuti signal dari jenis trader bukan jenis trader seperti dirinya. Dalam perbincangan berkumpulan, biasanya trader-trader jenis berlainan ni bercampur aduk dalam group yang sama.
Signal yang sensitif dengan masa dan diikut pada masa yang salah.
Swing trader mungkin sedang bagi signal yang sudahpun dipakai sejak beberapa jam yang lepas, dan entry lewat buat risk reward ratio suda berubah. Signal sclapper mungkin suda tamat tempoh tapi di-repost balik. Dan ini semua akan mengelirukan signal timing.
Mengubahsuai signal tanpa memahaminya
Masalah sini apabila, katakan trader C ialah seorang silent follower. Dia mungkin akan ubahsuai signal seperti. Ikut direction signal trader A, tapi ikut saiz pip target dan stop lost trader B. Ahirnya dia akan salah.
Motivasi yang betul hanya bila orangnya sesuai. Dan salah jika orangnya tidak sesuai.
Katakan trader A sangat-sangat lantang. Ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi trader-trader lain melihat trader A yang bermain sclapper sebagai kategori trader yang ideal. Masalah berlaku jika trader jenis lain (swing, day-trader) cuba untuk mengikuti teknik trading yang tidak serasi dengan sifat semulajadi mereka hanya kerana terpengaruh dengan kelantangan trader A.
Signal yang tidak lengkap. Hanya direction dan tiada saiz risk diberikan.
Katakan seorang trader baru memakai margin yang sangat-sangat tinggi. Disini, mana-mana signalpun bukan signal yang betul untuk dia. Perbincangan secara online cuma mendekatkannya kepada aktiviti trading yang lagi kerap dan seterusnya margin call. Dalam dirinya mungkin berkata, "jika signal mereka tepat maka saya pun mesti success sama seperti mereka". Salah, ada banyak kreteria-kreteria tersembunyi lain yang perlu difahami terlebih dahulu. Dan biasanya, perbincangan online ini ialah versi ringkas perkongsian signal.
Kesimpulannya,perbincangan secara online masih boleh dipakai jika si penerima dan si pemberi signal berkongsi kriteria-kreteria teknik trading yang hampir sama (tinggi berlaku jika mereka belajar dari guru yang sama). Atau kesemua trader yang terlibat dalam perbincangan secara online ialah mereka yang cukup-cukup berpengalaman dan boleh menapis secara spontan signal-signal yang tidak menepati kreteria-kreteria yang ingin mereka cari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment