Ini ialah senarai skill trading yang kerap dipakai
*High probability target zone
atau teknik untuk mencari di mana keberangkalian paling tinggi target kita boleh dicapai. Sebagai contoh, purata pergerakan pair EURUSD ialah 120pip. Maka target sentiasa dalam zone range ni, BUKAN diluar zone.
*Small risk
atau teknik untuk mencari entry SL paling terkecil untuk memperbolehkan kita mendapat risk reward ratio terbaik DAN masih dalam zone target. Risk reward yang tinggi tapi berada diluar zone trading sebenarnya bahaya.
* Signal 10pip above/below HH LL
atau mencari entry selepas Higher High atau Lower Low terbentuk. Dan untuk mengelakkan signal palsu, buka selepas 10pip dari nilai HH atau LL.
*Multiple time frame. TF15 ialah entry populer saya.
Menggunakan 4 time frame untuk mengetahui pergerakan dominan market. Dan merujuk keseluruhan pergerakan pair untuk mengetahui matawang mana yang bertambah nilai atau berkurang nilai. Contoh, EURUSD TF15 long, TF1H Long, TF4H Long, TF1D Long. GBPUSD Long, USDCHF Short. Untuk market long dominant.
*Start loving small risk (major skill).
Atau teknik,try merelakan SL hit yang kecil-kecil. Jika kita gagal dalam skill ni, maka dalam diam2 kita akan terpengaruh untuk melanggar banyak peraturan2 trading kita yang lain. Kalo position kita sampai masa hit SL, then let it be so.
Dan falsafah trading pula, coba untuk ringkaskan segala-gala yang boleh diringkaskan. Ringkas bermaksud kawalan lagi tinggi. (Blog post juga akan diringkaskan untuk lagi menarik)
Monday, January 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menarik ni...
ReplyDeletemcm perlu tambah gambar pula....
ReplyDelete