Thursday, February 24, 2011

Kelebihan 0.1pip

Kita kenal 1 pip sebagai 0.0001. Tapi sejak kebelakangan ini, broker yang menggunakan 0.1pip atau 0.00001 kian bertambah.

Sekarang apakah kelebihan 0.1pip berbanding 1pip? Saya percaya setiap orang ada jawapannya tersendiri, sebab ini ialah persoalan subjektif. Baru-baru ini, saya secara tidak sengaja dapat melihat kebaikan 0.1pip berbanding 1pip dari sudut "trader mental state".

Mari saya mulakan dengan memberi satu analogi, coba fikir mana satu situasi yang lagi menekan kesabaran seseorang? Menunggu bas di jalanraya yang sangat-sangat jarang kenderaan atau menunggu bas di jalanraya yang banyak kenderaan cuma bukan sentiasa bas. Suda tentu menunggu bas di jalanraya yang jarang kenderaan lagi menekan kesabaran kita.

Analogi di atas boleh disamakan dengan, seseorang yang memakai 0.1pip terkecil akan lagi terdedah dengan pergerakan-pergerakan market berbanding mereka yang memakai setting 1pip. Mereka yang melihat lagi banyak signal untuk di proses akan lagi sabar berbanding mereka yang tidak melihat signal yang cukup. Atau mereka yang terlibat dengan aktiviti mental yang lagi aktif akan lagi tenang berbanding tiada aktiviti langsung. Manusia secara semulajadi ialah spesis yang suka kepada aktiviti.

No comments:

Post a Comment