Thursday, February 3, 2011

Masih bermain dengan Spreadsheet

Openoffice Calc masih juga antara alat utama saya untuk menambahkan ilmu dalam trading. Dari satu masa ke masa yang lain, saya akan sekali sekala bermain dengan spreadsheet untuk membuat experiment simulasi mudah dalam trading.

Baru-baru ni, ini apa yang saya buat.

Set Keputusan direction Long/Short menggunakan =randbetween(0:1)
Set keputusan risk reward ratio sebagai =randbetween(1:4)

Dan sample keputusan akan diplot dalam chart. Dan diulang untuk mendapat pelbagai senario keputusan.

Kesimpulan yang saya perolehi, jika kita menggunakan risk 1%, kita hampir tiada peluang untuk margin call. Tapi dalam masa yang sama, sangat-sangat susah untuk capai 100% pun. Jadi disini saya mengubah suai strategi kepada, exponential grow, dan risk menggunakan 2%.

Cara gini akaun boleh bertambah jauh lagi cepat, cuma saya cuba untuk memahami data. Dan saya dapati saya perlu satu perkara lagi. Saya perlu luang masa yang sangat-sangat banyak untuk meningkatkan aktiviti trading saya.

Memang sukar untuk difahami apa saya tulis. Saya akan tambah gambarajah untuk memudahkan pemahaman.

No comments:

Post a Comment