Tuesday, April 28, 2009

Professional kurang emosi

Pada ahad yang lepas baru2 ni, sya terserempak dengan satu team futsal yang boleh dikatakan professional. Saya dapati mereka bukannya melawan team yang tidak kuat, cuma team yang professional ini bermain menggunakan taktik dan formation yang baik. Ditambah dengan skill individu yang baik. Di pihak lawan team professional ini, mereka juga mempunyai skill individu yang baik, cuma kurang untuk taktik dan strategi secara berkumpulan.

Apa yang saya dapati, team professional ini kurang expressi emosional. Hampir kesemua gol yang mereka perolehi ialah hasil dari taktik yang suda mereka faham betul-betul. Pendek kata, peratus game mereka bermain secara mekanikal(follow the rules) tinggi.

=======

Pada 28042009 ini, saya telah terbaca satu buku dari buku Robert Kiyosaki, "Guide to investing". Muka surat sekitar 80-90, menyatakan yang trading sepatutnya mudah. Kenapa ia sepatutnya mudah, sebab jika ianya tidak mudah maka kita akan rugi. Dan seterusnya ia disokong dengan memberikan satu buku cadangan bertajuk, "What works on wall street". Dalam buku itu menyatakan, keputusan trader terbahagi kepada 2 kategori..

1) menggunakan intuition, pengalaman & pengetahuan am.
2) menggunakan statistik & kiraan formal lain.

======

kategori 1 ialah dimana 9 dari 10 trader menggunakannya. Ini ialah penerangan kenapa, 9 dari 10 trader walaupun tidak bengkrap, tapi tidak membuat duit. Dan selebihnya 1 dari 10 ialah orang yang melakukana trading menggunakan statistik dan menghasilkan keuntungan.

Kategori ke-2 langsung tidak melibatkan emosi dan tindakan dalam trading telah disokong oleh bukti statistik menggunakan data yang besar. Masalah bagi keputusan kategori 1 ni, kebanyakan trader tidak dapat tetap dengan satu sistem trading. Jika sistem trading mereka tidak berjaya, majoriti akan mengubah sistem untuk mencari sistem yang lagi baik. Tapi masalahnya, ini ialah apa yang membuatkan mereka tidak konsisten.

Cuma ingat satu perkara, matematik tidak menipu. Jika kita ingin meletakkan satu-satu teknik trading ni samada sucess atau tidak, kita mesti menyokongnya dengan kira-kiraan. Dan untuk dunia trading kira-kiraan ini ini semestinya ialah statisik.

Pengetahuan & tindakan ialah 2 perkara yang sangat-sangat berlainan. Jika kita mempunyai pengetahuan pun, ini tidak semestinya segala pengetahuan itu akan ditukar kepada tindakan yang betul. Ini kenapa trader yang membuat keputusan kategori pertama tidak kuat untuk jangka masa yang panjang.

====

Sebagai trader, info ni mestilah dapat ditukar kepada pengetahuan praktikal. Maka ini ialah titik permulaan saya untuk betul-betul memisahkan emoasi dari tindakan saya. Selama ini saya keliru yang saya telah memishkan emosi dari tempat yang betul, memang betul saya telah lama memisahkan pengetahuan dari faktor emosi, tapi baru sahaja memahami yang tindakan ialah berbeza dari pengetahuan dan tindakan saya masih belum pisahkan dengan emosi.

Trading EURUSD untuk hari ini, saya hanya meletakkan kepercayaan kepada level retracement Fibonacci 61.8 & 78.4. Set and forget. Saya balik-balik memperingatkan diri saya untuk tidak melihat market selalu.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment