Ini bukan directly pasal market tapi sikit sebanyak berkaitan dengan mengetahui corak fikiran orang ramai.
Pada sambutan tahun baru beberapa tahun lepas, saya bersama beberapa kawan ingin pergi ke salah satu kawasan sambutan utama tahun baru di pusat Kuala Lumpur. Kami terpecah kepada 2 pecahan kerana ada sedikit perancangan yang tidak serasi.
Saya bersama beberapa kawan untuk pecahan yang kecil dan pecahan yang satu lagi ialah pecahan yang sikit lagi ramai orangnya. Plan kami ialah, move sebelum orang ramai bergerak, tapi pecahan yang lagi besar ni pilih untuk membuat sedikit jamuan makan-makan di kediaman sendiri terlebih dahulu dan pergi ke kawasan sambutan tahun baru 1 atau 2 jam sebelum kiraan dibuat.
Maka ini apa berlaku.
Pecahan kami dapat bergerak dengan sangat2 mudah. Kemudian makan di kawasan pusat bandar sebelum ianya sesak. Dan seterusnya kami mengambil masa menunggu yang sedikit lama berbekalkan makanan-makanan yang kami beli. Pada waktu kiraan dibuat, kami berada dikawasan tersebut dan seterusnya sebaik kiraan tamat dibuat kami balik menaiki LRT. Orang ramai pun balik menaiki LRT terdekat. Tapi lain pula dengan team kami, kami berjalan-kaki bergerak menjauhi LRT terdekat luar dari kawasan orang ramai dan mengambil LRT dengan mudah distesen yang agak jauh sikit. Seterusnya kami selamat balik ke rumah tanpa kelewatan langsung.
Ini pula apa terjadi dengan team satu lagi. Mereka mengeluh dengan kesesakan ketika perjalanan naik LRT ke pusat bandar. Dan mengeluh lagi tak dapat tempat berdiri ditempat yang strategik dan seterusnya mengeluh lagi sebab tak dapat balik awal dan hanya dapat balik ke tempat kediaman sendiri dengan kelewatan yang lebih.
==============
Apa yang ingin saya sampaikan di sini, sifat orang ramai mudah untuk dijangka. Tapi tidak ramai orang memilih untuk keluar dari corak fikiran orang ramai. Tapi jika anda memilih untuk menjadi minoriti dan memilih untuk terlepas dari kesesakan maka anda lebih dari peluang untuk berbuat demikian.
==============
Apa kaitan
(bersambung....)
Thursday, April 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment