Wednesday, April 15, 2009

Mengira subwave terkecil EW secara manual sebagai latihan memori

Tidak dapat dinafikan bahwa backtesting dalam sistem ialah penting dalam kejayaan kita sebagai trader. Tapi masalahnya sini, tidak semua backtesting boleh dilakukan secara automatik. Jika kita ketahui bahawa backtesing yang ingin kita lakukan memerlukan usaha secara manual, maka kita perlu lakukan ia juga.

Kita kira setiap wave untuk time frame terkecil, buat rekod untuk backtesting ini dan sebaik-baiknya kita melakukan backtesting untuk tempon yang sangat-sangat panjang dan merangkumi sebanyak mungkin pair.


Dan seterusnya, analisis setiap data yang kita perolehi, sebagai contoh dalam pair X berapa purata wave yang kita bole jumpa dalam masa 1 bulan (20 hari trading). Dan juga dalam setiap wave, berapa target level fibonacci paling populer. Dan apa-apa lagi kesimpulan-kesimulan lain yang difikirkan perlu. Apa yang penting sini kita dapat kumpul satu rekod yang memperbolehkan proses analisis dilakukan.

Dan seterusnya, kita cuba sintesis pengetahuan daripada analisis backtesting ini dengan satu sistem money managment. Dan kita lihat sejauh mana pertambahan ekuity mampu kita lakukan jika kita telah mengetahui arah.

Untuk pengetahuan anda sekalian, trading bukanlah tugas yang mudah. Jika ya pun kita mengetahui arah market, ini belum tentu memberi kita sebarang kejayaan pun.

Backtesting ialah cara untuk kita memplajari market tanpa sebarang kerugian.

terima kasih.

No comments:

Post a Comment