Thursday, February 24, 2011

Kelebihan 0.1pip

Kita kenal 1 pip sebagai 0.0001. Tapi sejak kebelakangan ini, broker yang menggunakan 0.1pip atau 0.00001 kian bertambah.

Sekarang apakah kelebihan 0.1pip berbanding 1pip? Saya percaya setiap orang ada jawapannya tersendiri, sebab ini ialah persoalan subjektif. Baru-baru ini, saya secara tidak sengaja dapat melihat kebaikan 0.1pip berbanding 1pip dari sudut "trader mental state".

Mari saya mulakan dengan memberi satu analogi, coba fikir mana satu situasi yang lagi menekan kesabaran seseorang? Menunggu bas di jalanraya yang sangat-sangat jarang kenderaan atau menunggu bas di jalanraya yang banyak kenderaan cuma bukan sentiasa bas. Suda tentu menunggu bas di jalanraya yang jarang kenderaan lagi menekan kesabaran kita.

Analogi di atas boleh disamakan dengan, seseorang yang memakai 0.1pip terkecil akan lagi terdedah dengan pergerakan-pergerakan market berbanding mereka yang memakai setting 1pip. Mereka yang melihat lagi banyak signal untuk di proses akan lagi sabar berbanding mereka yang tidak melihat signal yang cukup. Atau mereka yang terlibat dengan aktiviti mental yang lagi aktif akan lagi tenang berbanding tiada aktiviti langsung. Manusia secara semulajadi ialah spesis yang suka kepada aktiviti.

Saturday, February 19, 2011

Hubungan saiz risk dan kadar akaun turun ke 0%



Minggu lepas saya secara tidak dirancang terjumpa formula ni. Ada baik juga untuk saya tulis di blog ni supaya mungkin satu hari ia akan berguna untuk saya.

------

Jika saiz akaun asal kita disamakan dengan 100% atau original saiz dan saiz risk fix per position digunakan. Maka berikut ialah apa yang boleh kita dapat dapat dari senario kalah berterusan hinggalah saiz akaun turun ke 0%.

untuk risk fix 1%..
100%-1%,100%-1%*2,100%-1%*3 .... 100%-1%100 = 99%,98%,97%...0%
bilangan kalah berterusan sebelum akaun jadi 0% bagi risk fix 1% ialah = 100%/1% = 100

seterusnya
100%-2%,100%-2%*2,100%-2%*3 .... 100%-2%50 = 98%,96%,94%...0%
bilangan kalah berterusan sebelum akaun jadi 0% bagi risk fix 2% ialah = 100%/2% = 50

seterusnya
100%-3%,100%-3%*2,100%-3%*3 .... 100%-3%*33 = 97%,94%,91%...0%
bilangan kalah berterusan sebelum akaun jadi 0% bagi risk fix 3% ialah = 100%/3% = 33

dan seterusnya...

Sekarang kita susun balik keputusan-keputusan diatas ke dalam satu hubungan risk-size dengan bilangan-trading-sebelum-akaun-kosong

100%/1%, 100%/2%, 100%/3%,...,100%/99%,100%/100%

= 100,50,33,... ,1

Atau cartanya seperti dibawah

(klik untuk melihat gambarajah penuh)

Dari jadual ni, kita dapat melihat bagaimana peningkatan 1% risk per position pun suda cukup untuk menurunkan kadar survival kita secara drastik.

Jika kita terbaca artikel daripada professional trader pasal peraturan jangan pakai risk lebih dari 2%, graf diatas ialah penerangan yang lagi terperinci pasal peraturan tersebut.

Thursday, February 10, 2011

Sepatutnya jangan takut

Berapa kali trading perlu dilakukan untuk 100% tukar ke 200%, bagi best case scenario dgn ratio 3:1 dan 2% risk digunakan.

Jawapannya
1.00*1.06^n = 2.00
1.06^n = 2.00/1.00
n log 1.06 = log (2.00)
n = log (2.00)/ log(1.06)
n = 11.895661
Ceiling (n) = 12
#Jawapannya ialah 12 kali


Jika kita dapat 12 kali trading ratio 3:1 dgn 2% risk dan 6% risk setiap kali success, kita hanya perlu 12 kali trading untuk buat 100% bertukar ke 200%

Sekarang cuba kita cek berapa kali kekalahan untuk 100% bertukar ke 0%

1.00 - 0.02*n = 0.00
n = -1.00/-0.02
n = 50

Jawapannya. Perlu 50 kali trading untuk 100% bertukar ke 0%


Bandingkan

Kadar kelajuan mendapat 100% : kadar kelajuan mendapat 0%
= 12 : 50
= 1 : 4 (kepada nombor bulat terdekat)

Kelajuan untuk duit naik ialah 4 kali ganda lagi laju berbanding kadar duit menurun. Sepatutnya tiada benda yang perlu ditakuti. Kita rujuk balik satu rules dalam trading cakap, "follow your rules religiously". Ini ialah bahagian yang nampak senang tapi bagi saya sangat sukar untuk mengikutinya dalam tempo yang panjang.

Ini satu lagi contoh... mental state is far more important then money management.

Monday, February 7, 2011

eToro webtrader

Saya baru sahaja register untuk webtrader broker. Saya memilih samada Oanda atau Etoro. Dan akhirnya saya memilih untuk mengikuti Etoro. Kerana etoro disokong oleh social network bertemakan kommuniti trader sebagai tempat untuk berkongsi aktiviti trading.

Sekarang masih lagi mengkaji jenis money management yang boleh digunapakai di broker tersebut. Setting nampak jauh berlainan daripada apa yg kita boleh buat di MT4.


=======================

Lot dalam etoro

Info dari earnforex.com pasal etoro
http://www.earnforex.com/forex-brokers/eToro

Lot Size 0.01 atau 1000 unit (etoro pakai standard lot, 1lot = 100,000 bukan 10,000 )

Ini bermaksud harga pip termurah boleh dibuat ialah
$10 x 0.01 = $0.10


Kombinasi-kombinasi dibawah Risk level dan Amount yang berlainan

Pilihan-pilihan risk level (x n & Amount)
{2,5,10,25,50,100} = {2000,800,400,160,80,40}

Risk Level x2
Amount $2000
Stop Lost -$2000
Take Profit $2000

Risk Level x10
Amount $400
Stop Lost -$400
Take Profit $400

Risk Level x25
Amount $160
Stop Lost -$160
Take Profit $160

Risk Level x50
Amount $80
Stop Lost -$80
Take Profit $80

Risk Level x100
Amount $40
Stop Lost -$40
Take Profit $40

-- no more extra 'x ###'---


--------------------------

Kombinasi-kombinasi dibawah x100 dan Amount $10

Stop Lost yang boleh dipilih (-$ & -pip)
{5,6, 7,8,9,10} = {-50,-60,-70,-80,-90,-100}
dan pasangan TP nya ialah (+$ & +pip)
{5,7.5,10,15,20,25,30,35,40,45,50} = {50,75,100,150,200,250,300,350,400,450,500}

Sunday, February 6, 2011

Risk Reward Ratio & Keputusannya

http://img692.imageshack.us/img692/5548/rrrscenarioresults.png
(click URL gambar untuk imej yang lagi besar)

Jika kita trading menggunakan risk reward ratio 1:1 atau 2:1 atau 3:1
dan menggunakan teknik compounding grow (geometric growth). Dan menggunakan minimum risk,1%. Chart di atas ialah ilustrasi best case scenario (bcs) bagi setiap ratio 1:1 2:1 dan 3:1 dan satu ilustrasi untuk worse case scenario.

Ratio 1:1 mampu mengubah $100 kepada $267.8 selepas 100 kali trading, ratio 2:1 mampu mengubah $100 kepada $724.5 selepas 100 kali trading. Dan ratio 3:1 mampu mengubah $100 kepada $1921.9 selepas 100 kali trading.

Bagi worse case scenario (wcs) pula. Jika kita set risk minimum 1% (untuk maksimum tiada), bagi 100 kali kegagalan berterusan dalam trading, barulah $100 turun ke $0.

Ringkasan
Jumlah trading = 100
BCS 1:1 = 2.678 = 267.8% = $ 267.8
BCS 2:1 = 7.245 = 724.5% = $ 724.5
BCS 3:1 = 19.219 = 1921.9% = $1921.9
(jika $100 dianggap sebagai starting saiz akaun, paksi-y chart 1 sebagai 100%)

----------------------

Bahagian teorikal strategi
Carta diatas cuma untuk menunjukkan zone keputusan, dan bukannya sebagai plan sebenar dalam trading. Kegunaan zone keptutusan ialah, supaya kita dapat meneliti dimana secara teorikal kita boleh buat yang terbaik, dan dimana secara teorikal kita berada ditempat yang buruk .Jika keadaan dimana, profit-run-faster-than-risk berlaku, maka strategi trading diatas boleh diterima sebagai strategi trading yang boleh dipakai.

Di atas, best result mendekati 20 atau (2000% grow) dan worse result ialah 1 ke 0 atau -1 (-100% lost). Maka, kadar terbaik profit boleh tumbuh ialah 20 kali lagi cepat banding kadar risk bertambah. Maka dengan itu secara teorikal strategi trading ini boleh diterimapakai.

Dalam trading yang sebenar, ratio bukanlah statik, tapi berubah dari 1:1 hinggalah ke 3:1. Dan jika market membenarkan, kita juga boleh sekali sekala cuba untuk mendapat ratio melebihi 3:1. Tugasan dalam trading ialah untuk mencari ratio yang boleh membantu hit target, dan bukannya dipilih secara suka-suka. Dan dalam trading sebenar juga, kadar kejayaan yang normal cuma sekitar 40/100 ke 60/100 (fenomena biasa normal distribution). Maka kita boleh jangkakan keputusan berlegar sekitar tengah-tengah keputusan terbaik 20 dan terburuk 0, iaitu 10 (atau 1000% growth).

Tapi pengalaman mengajar saya untuk,"hei jangan terlampau teorikal". Sebab dalam trading sebenar, faktor-faktor seperti ketenangan-emosi sangat-sangatlah penting. Tapi ketenangan emosi juga memerlukan kekuatan strategi money management.

Bahagian praktikal strategi
Untuk merealisasikan strategi diatas, pengetahuan mengenai kadar purata range harian satu-satu currency pair, sifat-sifat pair tersebut, time-frame entry sangatlah mustahak. Berikut ialah contoh setting saya untuk merealisasikan money management di atas tersebut.

Pilihan Pair = EURUSD
Sebab = EURUSD kurang spike berbanding currency lain, spread murah dan range tidak terlalu kecil.
Purata Range = 120pip average, 170pip max practical target.
SL boleh dibuat = 20pip, 25pip dan 30pip.
Time Frame entry = TF15 (timeframe besar buat kita gagal mengecilkan SL)

Ratio yang boleh di pakai
Play safe,120pip zone trading dipakai
120:20 = 6:1
120:30 = 4:1
High risk,170pip zone trading dipakai
170:20 = 8.5:1
170:30 = 5.7:1

Atau lagi tepat
Play safe,120pip zone trading dipakai
(120-20):20 = 5:1
(120-30):30 = 3:1
High risk,170pip zone trading dipakai
(170-20):20 = 7.5:1
(170-30):30 = 4.7:1

(ratio kecil, benarkan SL dan TP tinggi kena, ratio besar pula disebaliknya. Pemilihan ratio lagi bersifat subjektif)

Walaupun zone trading boleh membenarkan kita untuk memilih lagi banyak pilihan ratio, tapi ratio 3:1 sentiasa dianggap sebagai ratio yang paling optimum. Maka ratio 3:1 dipilih sebagai ratio yang cuba untuk dicari setiap masa (30pip SL, 90pip TP).

Ujian yang patut dibuat
Saya belajar the-hard-way pentingnya menguji idea untuk mengesahkan kewujudannya sebelum menerima satu-satu idea. Backtesting ialah apa yang perlu kita buat. Apa yang perlu dibuat dalam backtesting ialah mencari sample-sample signal yang membenarkan ratio 1:1 ke 3:1 dibuat. Secara statistik, saiz sample yang optimum ialah 40 per sample, dan ulang sebanyak mungkin mencari sample-sample. Jika sample-sample cenderung ke arah profit, barulah ujian samada idea trading tersebut boleh dipakai dan disahkan secara statistik. Dan jangan lupa untuk merekod faktor timing dalam sample tersebut seperti, untuk 40sample, berapa lama biasanya masa diperlukan. #

Thursday, February 3, 2011

Masih bermain dengan Spreadsheet

Openoffice Calc masih juga antara alat utama saya untuk menambahkan ilmu dalam trading. Dari satu masa ke masa yang lain, saya akan sekali sekala bermain dengan spreadsheet untuk membuat experiment simulasi mudah dalam trading.

Baru-baru ni, ini apa yang saya buat.

Set Keputusan direction Long/Short menggunakan =randbetween(0:1)
Set keputusan risk reward ratio sebagai =randbetween(1:4)

Dan sample keputusan akan diplot dalam chart. Dan diulang untuk mendapat pelbagai senario keputusan.

Kesimpulan yang saya perolehi, jika kita menggunakan risk 1%, kita hampir tiada peluang untuk margin call. Tapi dalam masa yang sama, sangat-sangat susah untuk capai 100% pun. Jadi disini saya mengubah suai strategi kepada, exponential grow, dan risk menggunakan 2%.

Cara gini akaun boleh bertambah jauh lagi cepat, cuma saya cuba untuk memahami data. Dan saya dapati saya perlu satu perkara lagi. Saya perlu luang masa yang sangat-sangat banyak untuk meningkatkan aktiviti trading saya.

Memang sukar untuk difahami apa saya tulis. Saya akan tambah gambarajah untuk memudahkan pemahaman.

Tuesday, February 1, 2011

Perkara yang perlu diketahui apabila berkongsi maklumat mengenai pergerakan market secara kumpulan

Perbincangan di online secara real time dan berkumpulan jika dilihat secara ringkas nampak macam idea yang cukup baik. Tapi tahukan anda bila perbincangan sebegini menjadi kurang baik?

Kita ambil contoh. Trader A dan Trader B sedang aktif berkongsi maklumat di Group Chat Facebook.

Trader A : EURUSD akan turun, boleh ambil 20pip dan stop lost 20pip
Trader B : Teruskan dengan long, target 80pip masih boleh dicapai dan set stop lost 40pip.


Dialog tersebut boleh jadi kedua-duanya betul. Tapi penerimanya ialah orang yang perlu meneliti signal ini sebelum mengikutinya.

Mari analisis sedikit dialog diatas.

Kekeliruaan keserasian signal dan jenis trader
Trader A ialah sclapper. Peluang target 20pip pun cukup untuk dia anggap sebagai signal entry baru dan macam biasa sclapper ni bukan orang yang memerlukan risk reward ratio yang besar. Trader B ialah day trader. Dia cuma mengambil target yang punya ratio bagus. Ini apa yang betul, sclapper beri signal kepada sclapper, day-trader bagi signal kepada day-trader, swing trader bagi signal kepada swing trader ialah tepat. Masalah terjadi apabila trader mengikuti signal dari jenis trader bukan jenis trader seperti dirinya. Dalam perbincangan berkumpulan, biasanya trader-trader jenis berlainan ni bercampur aduk dalam group yang sama.

Signal yang sensitif dengan masa dan diikut pada masa yang salah.
Swing trader mungkin sedang bagi signal yang sudahpun dipakai sejak beberapa jam yang lepas, dan entry lewat buat risk reward ratio suda berubah. Signal sclapper mungkin suda tamat tempoh tapi di-repost balik. Dan ini semua akan mengelirukan signal timing.

Mengubahsuai signal tanpa memahaminya
Masalah sini apabila, katakan trader C ialah seorang silent follower. Dia mungkin akan ubahsuai signal seperti. Ikut direction signal trader A, tapi ikut saiz pip target dan stop lost trader B. Ahirnya dia akan salah.

Motivasi yang betul hanya bila orangnya sesuai. Dan salah jika orangnya tidak sesuai.
Katakan trader A sangat-sangat lantang. Ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi trader-trader lain melihat trader A yang bermain sclapper sebagai kategori trader yang ideal. Masalah berlaku jika trader jenis lain (swing, day-trader) cuba untuk mengikuti teknik trading yang tidak serasi dengan sifat semulajadi mereka hanya kerana terpengaruh dengan kelantangan trader A.


Signal yang tidak lengkap. Hanya direction dan tiada saiz risk diberikan.
Katakan seorang trader baru memakai margin yang sangat-sangat tinggi. Disini, mana-mana signalpun bukan signal yang betul untuk dia. Perbincangan secara online cuma mendekatkannya kepada aktiviti trading yang lagi kerap dan seterusnya margin call. Dalam dirinya mungkin berkata, "jika signal mereka tepat maka saya pun mesti success sama seperti mereka". Salah, ada banyak kreteria-kreteria tersembunyi lain yang perlu difahami terlebih dahulu. Dan biasanya, perbincangan online ini ialah versi ringkas perkongsian signal.


Kesimpulannya,perbincangan secara online masih boleh dipakai jika si penerima dan si pemberi signal berkongsi kriteria-kreteria teknik trading yang hampir sama (tinggi berlaku jika mereka belajar dari guru yang sama). Atau kesemua trader yang terlibat dalam perbincangan secara online ialah mereka yang cukup-cukup berpengalaman dan boleh menapis secara spontan signal-signal yang tidak menepati kreteria-kreteria yang ingin mereka cari.