Baru2 ni saya selalu buat analisis Candlestick untuk daily time frame. Apa yang saya dapati,
Entry menggunakan limit
candle body panjang, next retrace sekitar 0.382
candle body medium atau average, next retrace sekitar 0.500 0.618
candle body low, next retrace sekitar 0.764 atau Fail (below previous low, -0.236)
target menggunakan extension
candle body panjang, next extension sekitar 1.236
candle body medium atau average, next extension sekitar 1.361 1.618
candle body low, next extension sekitar 1.618 atau lebih
=============
Jika kita cek untuk candlestick weekly, pattern semacam daily retrace & extension juga masih wujud. Jadi bagimanakah kita mengaplikasikan penemuan fenomena ini?
Salah satu yang dapat saya fikirkan ialah dengan cuba untuk mengkaitkan pergerakan 2 time frame ini untuk menyokong satu sama lain.
Katakan Kita jangka weekly CS ialah dominant long, tapi pergerakan semasa masih short. Jadi kita boleh membuat andaian dia akan berhenti disatu-satu tempat retrace.
Dan kita zoom kepada daily pula, disini kita boleh mengambil trading short dan menggunakan level extension short untuk target, dan sentiasa memastikan ia mendekati level retrace weekly sebagai prediction.
Kenapa kita perlu percaya cara ini menjadi?
Sebab sentimen market, orang percaya maka pada akhirnya ia menjadi mengikut apa yang mereka percaya.
========
Apa-apa pun sokongan statistik masih belum dibuat untuk semua hipotesis ini. Harap saya dapat mencari cara mudah untuk membuat semua kerja analisis dapat dibuat secara automatik.
Saturday, May 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment