Statistic, Probability, Price action & Technical Analysis
Empat pengetahuan di atas ialah antara pengetahuan yang saya ketahui wujud dalam Forex. Bagaimanakah ia dapat disatukan?
Pertama kali kita kena dapatkan data (history data) dan keluarkan maklumat dalam data-data. Ini memerlukan kita pengetahuan Statistic.
Dan sebaik maklumat-maklumat dapat dijana dari data asal pergerakan market tadi, kita seterusnya kena tau cara menggunakan data tersebut untuk sesuatu yang "akan datang" dan bukan hanya yang "telah berlaku". Jika "telah berlaku" ialah sesuatu yang mewujudkan statistik maka "akan berlaku" ialah sesuatu yang mewujudkan probability. Disini lah kegunaan probability dan bagimana ianya mampu dikaitkan secara terus dengan statistic.
Sifat asal Probability ialah setiap kes mempunyai value assign 0 hingga ke 1, dengan 0 mewakili satu-satu kes "tidak akan" berlaku dan 1 ialah value assign untuk mewakili sesuatu yang "akan" berlaku. Jika statistic history data dapat menemui sifat probability dengan value 0 ataupun 1 (mendekati), maka ini memberikan kita beberapa sifat bagaimana pergerakan harga berlaku dalam Forex. sifat-sifat ini atau juga dikenali sebagai "price action" memperbolehkan kita merancang pencarian strategi trading dengan mengetahui tahap kejayaan strategi tersebut sekali.
Dan sebaik price action dapat dikenal pasti, ini memberikan kita peluang untuk mencari Technical Analisis yang dapat dipadankan dengan satu-satu strategi. Ini juga dapat mengeluarkan kita dari kumpulan trader yang memilih teknikal analisis tanpa mengetahui kenapakah teknik tersebut dipilih.
Terima kasih.
Thursday, May 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment