Pivot Point
Masa untuk mencari sifat-sifat algebra(dan apa-apa yang lain) Pivot Point dan meletakkannya dalam prespektif aktiviti trading berserta ukuran keberangkalian. Sebaik mengenalpasti beberapa sifat algebra Pivot point, masa untuk mencari idea bagaimanakah cara untuk mengaplikasi idea tersebut agar ia dapat membantu trading kita.
Monte Cacrlo Simulation
Satu generator menggunakan spreadsheet dicipta untuk meniru aktiviti rawak market dan menjadikan simulasi bertemakan pivot point. Di sini, kita akan membuat satu simulasi untuk melihat dan memperbaiki hubungan antara trading dengan matematikal konsep yang diperoleh dari kajian Pivot Point.
Fixed Risk Ratio
Sebaik monte carlo memperlihatakan keputusan yang positif mengenai teknik pivot point dan kadar success dalam trading. Maka masa untuk melihat bagaimanakah sistem pengurusan risiko Fixed Risk Ratio bole diintegrasikan. Jika ia dapat diintegrasikan, makan projek dikatakan berjaya, jika tidak maka kita akan mencari jalan bagaimana untuk menjana alternatif idea.
Katakan Fixed Risk Ratio dapat diintegrasikan kedalam trading yang berasaskan Pivot Point, maka dari sini kita akan menyesuaikan parameter-parameter untuk memberikan kita pulangan trading yang paling terbaik. Dan jangan dilupa sekali, faktor realistik dalam menilai satu-satu idea patut dilaksanakan berbantukan statistik. Statistik bole dijana menggunakan spreadsheet.
Simulasi Data history
Dan fasa terakhir ialah menguji sistem tadi menggunakan history data. Jika monte carlo ialah simulasi berasaskan masa-hadapan dan sekadar menggunakan data yang dicipta sendiri. Simulasi data history ialah pelengkapnya, iaitu menggunakan data sebenar yang sudapun berlaku. Apa yang bakal kita perolehi ialah keputusan sebenar kekuatan sistem dan mengeluarkan senario-senario yang jarang berlaku tapi berlaku dalam monte carlo simulation.
Kesimpulan
Kejayaan mencari integrasi antara kaedah-kaedah diatas mampu memberikan kita kemampuan untuk melakukan trading tanpa faktor "nasib". Kerana segalanya sudahpun dikira. Pada masa anda membaca artikel ini, 28 Feb 2009. Saya dalam fasa mengkaji sifat algebra & matematikal Pivot Point.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment