Monday, February 2, 2009

Dari Analisis ke sintesis

"Analisis ialah proses untuk mengkaji satu-satu bahagian dari pada keseluruhan bahagian"

"Sintesis ialah presos untuk mengkaji gabungan beberapa bahagian kepada 1 bahagian."



Sebagai seorang trader, kita wajip untuk mengetahui beberapa perkara dalam forex. Antara paling utama, money management, trading management dan juga pisikologi management.

Untuk melengkapkan diri sebagai trader, terlebih dahulu kita kena pecah setiap bahagian ini dan mengkaji sedalam mungkin setiap bahagian ini. Dan seterusnya sebaik kita memahami setiap bahagian ini, baru lah kita akan cuba untuk mencantumkan keseluruhan idea-idea ini kepada satu idea yang berfungsi sebagai satu sistem. Atau secara mudahnya dari analisis kepada sintesis.

Jika merujuk kepada aktiviti trading saya. Saya ialah seorang trader yang sangat-sangat banyak menghabiskan masa dalam "money management". Dan hanyalah baru-baru ini, barulah saya mula untuk mengkaji trading management. Seterusnya secara kebetulan saya juga mendapat idea bagaimana untuk mengabungkan 2 bahagian ini kepada 1 bahagian dan tanpa diduga gabungan ini juga secara tidak langsung membuka jalan saya kepada bahagian yang belum lagi dikaji iaitu "pisikologi managment". Dibawah ialah penerangan dalam format lagi mudah.

Objektif setiap bahagian
==========================
Money management = bagaimana untuk mencari persamaan matematik yang memberikan kadar pertumbuhan terpantas apabila success trading dalam masa yang sama kadar pengurangan duit paling perlahan.

Trading management = bagimanakah untuk membuat entry dan exit berada pada keberangkalian tertinggi untuk berjaya.


Money management + trading management = bagaimana sistem money management yang mempunyai kadar pertumbuhan kapital paling terpantas dapat dicantumkan dengan sistem trading paling tinggi kebarangkalian untuk berjaya. Dan bagaimanakah memastikan gabungan ini tetap mempunyai kadar pengurangan kapital paling rendah jika trading berada pada prestasi paling rendah sekalipun. Berapa banyakkah kombinasi sistem money managment dan sistem trading management yang masih boleh diperolehi?


Money management + trading management = Adakah gabungan ini memberikan kita peluang yang lagi tinggi untuk berjaya berbanding untuk gagal. Jika ya, maka pisikologi kita secara tidak langsung bertambah positif.

No comments:

Post a Comment