Monday, February 2, 2009

Mentor dan Penasihat

definisi mudah Penasihat: mengetahui bagaimana tapi belum berada ditempat itu.

definisi mudah mentor: suda berada ditempat itu.

contoh mentor: trader berjaya, businessman berjaya.
contoh penasihat: peguam, dokter


Secara lojik peguam tidak perlu menjadi pesalah undang-undang untuk memahami bagaimana buruknya menjadi seorang tertuduh. Atau dokter tidak perlu menghidap kenser paru-paru untuk memberi nasihat kepada perokok untuk berhenti merokok. Penasihat mempunyai tempatnya dalam kommuniti kita.

Tapi bila membincangkan hal mengenai bagaimana cara untuk berjaya dalam dunia Forex, ada baiknya kita mencari mentor berbanding penasihat. Kerna mentor sudahpun berada ditempat itu (success). Manakala penasihat hanya memberikan nasihat mengikut apa yang dia faham dan bukannya pengalamannya sendiri.

Tapi bagaimana untuk mencari mentor forex? bagaimanakah untuk mencari mentor sebenar?

Ada banyak orang-orang di forum yang kelihatan seperti mentor, tapi adakah mereka mentor sebenar atau hanyalah penasihat?. Jika ia pun mereka ni layak bergelar mentor kerna telahpun menghasilkan duit yang cukup banyak melalui Forex. Tapi mentor masih terdiri daripada beberapa level. Dari mentor sekadar cukup makan (success sebab lucky dan skill), kepada mentor sebenar ( success sepenuhnya daripada skill dan tiada faktor lucky).

Cara terbaik untuk mencari mentor ialah dengan cara mencari mereka yang memang tidak dinafikan seorang trader berjaya. Sebagai contoh mudah Soros, Warren Buffet, Benjamin Graham dan trader lain yg setaraf dengannya. Tapi adakah mereka boleh dijumpai diforum-forum dimana kebanyakan trader baru ni aktif? Sudah pasti tidak, kita pasti tiada peluang untuk menemui trader-trader berjaya ini sebagai mentor kita.

Tapi mentor sebegini masih bole memberikan kita panduan tanpa terlebih dahulu mengenali kita. Kerna, majoriti trader-trader berjaya ini mempunyai buku yang ditulis menggunakan ilham mereka, atau mereka menulis buku itu sendiri (Benjamin Graham & Soros sebagai contoh menulis buku sendiri). Kita hanya perlu membeli buku tersebut dan memahaminya sedalam mungkin dan seterusnya mempraktikkan pengetahuan tersebut.


Persoalan seterusnya, adakah penasihat masih boleh diterima?

Kerana trading dibentuk oleh lebih dari 1 gabungan kemahiran. Maka wujud individu yang mempunyai kefahaman sangat-sangat tinggi utk sebahagian pengetahuan tersebut. Maka mereka bole menjadi mentor untuk bahagian spesifik tersebut sahaja, dan sebagai penasihat untuk hal2 yang selebihnya.

Saya ingin memanggil mereka sebagai "mentor junior", sebagai tanda penghormatan kepada mereka, sebab mereka juga biasanya ikhlas membantu.

Kesimpulan saya untuk artikel ini. Ada baiknya kita tanamkan minat untuk membaca buku-buku yang diterbitkan atau diilhamkan oleh trader-trader bejaya sebagai panduan utama. Dan mentor-mentor/penasihat lain yang wujud di forum-forum dimerata tempat di internet sebagai sokongan. Dengan cara begini, peluang untuk kita mendapat pengetahuan yg lagi tepat tinggi.

No comments:

Post a Comment