Time Frame : Daily
Data Range : Aug93-May09
Sebaik meneliti statistic Frequency Range EURUSD mengikut kelas (25pip,50pip,75pip,...,650pip),saya dapati kelas range 75pip-100pip ialah kelas range paling majoriti. Kelas ini mempunyai kekerapan sebanyak 1000 hari dari 4000 hari, atau 25% kekerapan. Jika kita memasang target pada tahap range kelas ini 75pip-100pip dirujuk dari low/high, maka kita berada pada tahap kejayaan sekitar 50%++ untuk target itu dicapai. Ini kerana 25% dari range ialah range yang berada dibawah target 100pip (target gagal). Kelas range diatas 100pip pula ialah sebanyak 50% (target berjaya).
Persoalannya sekarang, kita ada potensi untuk bermain dengan ratio risk reward yang lagi tinggi jika target kita dibuka kepada target melebihi 100pip. Tapi ini suda pasti memberi kita satu masalah jika "reversal/extream retrace berlaku sebelum target dicapai". Jadi bagaimanakah caranya untuk mendapat target melebihi 100pip range dan menurunkan kadar kes reversal/extream retrace sebelum target dicapai? (SL hit). Caranya ialah mengetahui dimanakah biasanya nilai High price berlaku dalam setiap satu-satu hari.
Katakan high price berada pada jam-t, maka sini kita boleh mengubah strategi trading dengan mengawal trading platfrom untuk "menutup position setiap jam-t". Atau pre-setting exit time. Kebanyakan platform trading pasa masa kini menyediakan fungsi ini. Dan ini ialah kali pertama saya mendapat idea pengunaan exit position menggunakan pre-setting exit.
Terima kasih.