Monday, January 31, 2011

Senarai Skill Trading yang kerap dipakai

Ini ialah senarai skill trading yang kerap dipakai


*High probability target zone
atau teknik untuk mencari di mana keberangkalian paling tinggi target kita boleh dicapai. Sebagai contoh, purata pergerakan pair EURUSD ialah 120pip. Maka target sentiasa dalam zone range ni, BUKAN diluar zone.

*Small risk
atau teknik untuk mencari entry SL paling terkecil untuk memperbolehkan kita mendapat risk reward ratio terbaik DAN masih dalam zone target. Risk reward yang tinggi tapi berada diluar zone trading sebenarnya bahaya.

* Signal 10pip above/below HH LL
atau mencari entry selepas Higher High atau Lower Low terbentuk. Dan untuk mengelakkan signal palsu, buka selepas 10pip dari nilai HH atau LL.

*Multiple time frame. TF15 ialah entry populer saya.
Menggunakan 4 time frame untuk mengetahui pergerakan dominan market. Dan merujuk keseluruhan pergerakan pair untuk mengetahui matawang mana yang bertambah nilai atau berkurang nilai. Contoh, EURUSD TF15 long, TF1H Long, TF4H Long, TF1D Long. GBPUSD Long, USDCHF Short. Untuk market long dominant.

*Start loving small risk (major skill).
Atau teknik,try merelakan SL hit yang kecil-kecil. Jika kita gagal dalam skill ni, maka dalam diam2 kita akan terpengaruh untuk melanggar banyak peraturan2 trading kita yang lain. Kalo position kita sampai masa hit SL, then let it be so.

Dan falsafah trading pula, coba untuk ringkaskan segala-gala yang boleh diringkaskan. Ringkas bermaksud kawalan lagi tinggi. (Blog post juga akan diringkaskan untuk lagi menarik)

Apa yang baru?

Tiada sebenarnya. Sejak tahun 2010, saya berhenti untuk mencari teknik-teknik baru dalam trading forex, berhenti untuk aktif berinteraksi dalam mana-mana forum forex. Sebab suda sampai masanya untuk saya tumpu lebih kepada mendalami dan menguasai apa yang suda digunapakai.

Jika ingin dibuat satu analogi, bayangkan ada 2 pemuzik. Mana satu lagi bagus.

Pemuzik 1

Boleh pakai SEMUA alat muzik, tapi cuma boleh bermain sedikit jenis musik mengikut setiap alat music

Vs


Pemuzik 2

Terhad dalam mengetahui cara bermain alat-alat musik, tapi boleh bermain SEMUA jenis muzik dari alat muzic yang dipilih.


Suda tentu Pemuzik 2 ialah pemuzik yang lagi bagus. Sebab dia menggunakan tenaga dan masanya untuk "muzik" bukan "alat muzik:.

Untuk trader forex, kita janganlah terperangkap untuk mengejar dan mencuba segala jenis "analisis teknikal", sebab menguasai teknik ialah objektif utama dan bukannya mencuba setiap teknik analisis.

Post blog setelah sekian lama berehat dari menulis blog

Sejak petengahan tahun 2009, saya tidak membuat sebarang input baru ke blog ini. Salah satu sebab paling utama ialah pada masa tersebut tumpuan dan masa saya sudahpun beralih ke facebook.

Masih juga dengan aktiviti yang sama, forex , cuma menggunakan Facebook sebagai alat komunikasi utama. Tapi mungkin pada tahun ni saya akan cuba untuk aktif balik mengemaskini blog ni.