Friday, July 3, 2009

Playing with algebra

Explorasi idea yang menarik, hari ni saya secara tidak sengaja nampak hubungan math dengan aplikasinya. Pun satu kes bukan tidak faham, cuma tidak terfikir (masalah kreativiti). Hubungan yang saya baru pelajari ialah, bermain dengan persamaan matematik dan cuba mentafsir setiap terbitan persamaan kepada maksudnya dalam konteks persoalan asal.

Sebelum ini,"cari konsep dan tukarkan konsep kepada persamaan mathematik untuk mencari objektif"
---
Terkini, "cari konsep dan tukarkan konsep kepada persamaan mathematik. Explore semua kombinasi persamaan yang dihasilkan dan cari maksud setiap kombinasi"

Atau analoginya, dari masuk satu stor dan ambik barang yang kita mahu saja.. kepada masuk stor dan cari apa-apa barang lain yang patut tapi tidak terfikir pada asalnya.

------------
Contoh:-

Fasa awal Bermain dengan struktur algebra
jika kita ada persamaan asal sebagai
a=b*c; (* katakan boleh jadi darab,tambah,campur & bahagi)

Kita boleh cari semua kombinasi yang mungkin
b=a*c
c=a*b

Fasa seterusnya, untuk setiap kombinasi cari maksud relevan persamaan tersebut
a=b*c bermaksud ....
b=a*c bermaksud ...
c=a*b bermaksud ...

Fasa seterusnya, keluarkan persamaan yang tiada maksud dan ambik persamaan yang punya maksud jelas, seterusnya biarkan terbitan persamaan yang kurang diketahui direkod, kerana ia mungkin dapat difaham pada satu-satu masa nanti.

No comments:

Post a Comment