Monday, October 10, 2011

Kota Dua lapis tembok

Pada zaman dahulu, kota2 kuat seperti babilon mempunyai dua lapis tembok untuk mempertahankan kotanya. Oleh itu setiap penyerang kota tesebut perlu tembus dua kali tembok kota sebelum berjaya masuk ke kawasan kota. Rekabentuk kota seperti begini jauh lagi selamat berbanding cuma 1 lapisan sahaja.

Sistem kesalaman sebegini konsepnya boleh digunapakai dan ditiru oleh kita dalam rekabentuk strategy trading kita.

Money management , iaitu mengenai money allocation.
Risk management, iaitu mengenai cara mengawal lot size utk mengawal rate of change equity.

Jika kedua2 bahagian ini memakai sistem kawalan yang dipanggil, fixed risk, maka kita seolah2 mempunyai dua tembok pertahanan capital.

Satu untuk money management, dimana kita mengawal total duit yg ditrading dan tidak ditrading berpandukan parameter delta. Contohnya, cuma masukkan 20% dari 100% duit yang ada ke dalam akaun trading. (money allocation)

Dan satu lagi, risk management, kita akan berpandukan fix risk setting berdasarkan, katakan 0.5% equity change per 20pip. Maksudnya jika 20pip dapat +0.5%, jika -20pip dapat -0.5% risk. Setting ini boleh dipanggil fix risk sebab total pip sebelum 20% duit yg diberikan untuk trading tadi memerlukan -4000pip sebelum margin call.

Dan jika ya pun margin call berlaku, margin call tidak bermaksud bankrupt .

Perlu diingat, bahagian trade management (cara entry dan exit position ) ialah dimana emosi kita jauh lagi senang dikalahkan oleh market. Ini sebabnya kenapa risk management sahaja tidak cukup, kita juga perlukan money managment.